Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang
tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan
bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik.
Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa
memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini.
''Tahun ini merupakan tahun hashtag menjadi fenomena yang tidak
lekang daripada diperkatakan secara dalam talian,'' kata Pengerusi
Jawatankuasa Perkataan Baru, Ben Zimmer dalam satu kenyataan.
Hashtag pada mulanya menjadi popular di Twitter sebagai simbol jenaka atau digunakan untuk menekankan sesuatu komen.
Ia kemudiannya merebak ke Facebook, sekali gus menjadi percakapan seharian pengguna di laman tersebut.
Kemuncak kemasyhuran simbol itu apabila ia digunakan sebagai tajuk muka hadapan bagi edisi terakhir cetakan majalah Newsweek yang bermula dengan simbol tersebut.
Selain di Twitter, simbol hashtag dengan pantas telah
mewujudkan trend sosial dengan menyebarkan pelbagai mesej dalam pelbagai
bidang daripada politik kepada budaya pop.
Simbol hashtag juga mempunyai pesaingnya yang juga bersifat sementara seperti YOLO iaitu singkatan kepada You Only Live Once atau kamu hidup hanya sekali.[utusan]