Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai
kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah
dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini,
kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun
itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26
tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan
anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas
melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa
kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.[metro]