Andy, 36, bimbang dia tidak akan memperoleh anak kerana kecederaan
teruk yang dialami selepas terpijak jerangkap samar dipasang Taliban di
Afghanistan.
Tetapi, dia kini berbahagia menjadi bapa yang penyayang kepada
William Alexander, menukar lampin, memberi makan dan menyarungkan
pakaian kepada bayi itu hanya menggunakan satu tangan.
Andy yang dianugerah pingat Sun Millies pada 2010, berkata: “Saya sungguh bahagia melakukan tugas bapa. Ia sungguh menakjubkan. “Menjadi bapa adalah proses pembelajaran dan bukan mudah.
Namun, saya sudah dapat
menyesuaikan diri. William tidak meragam selagi dia kenyang! ”
Isterinya, Claire, 31, dari St Helens, Merseyside berkata: “Mereka sudah
menjalinkan ikatan yang amat baik. Andy adalah bapa semula jadi. Dia
tahu apa yang perlu dilakukan.“Saya tidak terkejut. Apa saja masalah yang dihadapinya, dia akan mencari jalan untuk menanganinya.”[metro]