ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 29 Januari 2013

Tony Fernandes mahu berundur dari QPR?

Pemilik Queens Park Rangers (QPR) juga ahli perniagaan Malaysia, Tony Fernandes sedia berundur sekiranya gagal memperbaiki kedudukan dan prestasi semasa kelab berkenaan.
 

“Jika saya gagal perbetulkan keadaan, saya orang pertama yang akan melangkah keluar dari kelab itu,” katanya.

Fernandes berkata demikian menerusi laman sosial Twitternya selepas menyaksikan kelab berkenaan tersingkir daripada saingan Piala FA kepada kelab Divisyen 1 MK Dons, 2-4.

Lebih mendukacitakan, QPR kini berada di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya 15 mata hasil 23 perlawanan.

Fernandes bagaimanapun masih optimis bahawa QPR boleh diselamatkan.

“Kami akan lakukan yang terbaik dan tidak akan berhenti mencuba. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku dan akan berdepan segala kemungkinan ,” katanya.[sinar]

*Biasanya pengurus yang kena berundur jika prestasi tak memberansangkan..ni pemilik sendiri yang nak blah..terbalik sudah..

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
main league one revenue tak banyak..hehehe..so baik dia laburkan duit tu kat kelab lain atau kat tempat lain..aku rasa sebab tu laa..hehehehe

Regards,
-Strider-
1 reply · active 635 weeks ago
tp rugi la plak..dah bnyak klua duit..

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...