ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 10 Januari 2013

Otak manusia di dalam makanan?

Seorang pelajar terkejut selepas menemui objek menyerupai otak manusia di dalam tepung rangup ketika menikmati makanan di restoran hidangan segera popular di Colchester, timur London.

Ibrahim Langoo, 19, menemui daging berpusar berwarna merah dan masih berdarah.“Mustahil di dalam ketulan dada ayam mempunyai bahagian otak,” katanya.

Sejurus menemui objek itu, pihak pengurusan restoran tersebut menawarkan baucar percuma kepadanya sebagai ganjaran ganti rugi dan berharap perkara itu 'selesai'.

Pihak restoran terbabit bagaimanapun, menafikan penemuan itu dan mendakwa ia adalah bahagian buah pinggang salah satu daripada ayam itu.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...