ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 12 Januari 2013

#KL112: Tahniah semua!

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat diberikan kepada semua.Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilang peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang.Nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tenang dan aman.[sinar]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...