“Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan
saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli,
21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz
Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan
pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.
Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai
miliknya, menuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit
dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu
bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada
ia diceroboh atau ditulis Nazmi.
Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi
kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC
Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.
Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.

“Saya ada melihat Twitter Nazmi yang memburukkan saya sebelum dia memadamnya.
[metro]