Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 105 tahun jika
didapati bersalah memeras ugut beratus-ratus wanita supaya mereka
berbogel sambil menyaksikan aksi itu melalui Internet.
Karen ‘Gary’ Kazaryan, 27, didakwa memaksa lebih 350 wanita muda
mempamerkan tubuh mereka selepas menggodam akaun Facebook dan e-mel
mangsa.
Media semalam melaporkan, Kazaryan menyamar sebagai rakan wanita itu sebelum memujuk mereka supaya berbogel untuknya.Aktiviti itu dapat dilakukan secara langsung melalui kemudahan Skype.
Lelaki dari Glendale itu didakwa menyelongkar akaun mangsa mencari sebarang gambar bogel atau separuh bogel.
Jika mangsa mengesan aktiviti Kazaryan, dia bukan saja tidak menghentikan perbuatan itu, malah mengugut mereka untuk berbogel lagi untuknya.Penyiasat berkata, 3,000 gambar bogel atau separuh bogel ditemui dalam komputer Kazaryan setakat ini.
Katanya, Kazaryan menghubungi mangsanya dari semasa ke semasa supaya dapat mendesak mereka berbogel untuknya.
“Dalam sesetengah kes, Kazaryan meletakkan gambar bogel di akaun
Facebook mangsa jika mereka enggan mengikut kemahuannya,” katanya.
Kazaryan ditahan semalam dan menghadapi 15 tuduhan pencerobohan komputer
serta 15 dakwaan mencuri identiti.[metro]