Kak Uji, secara peribadi Yuna mohon maaf sangat-sangat atas apa
yang telah berlaku," demikian antara dialog penyanyi Yunalis Zarai yang
sanggup menelefon sendiri penyanyi kesayangannya, Uji Rashid baru-baru
ini.
Penyanyi wanita yang sedang merakamkan album dengan komposer popular
antarabangsa, David Foster itu membuat panggilan telefon dari Amerika
Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu.
Yuna berbuat demikian semata-mata untuk meminta maaf atas insiden Uji Rashid disingkirkan daripada menyanyikan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang sempena Anugerah Juara Lagu Ke-27 minggu lepas.Yuna menelefon sendiri Uji Rashid untuk memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.
Yuna juga melahirkan rasa sedihnya kerana Uji telah diperlakukan sebegitu oleh pihak penganjur tanpa pengetahuannya.
Ketika perbualan itu juga, Yuna menafikan sama sekali dia telah
membuat keputusan untuk menggantikan Uji dengan penyanyi lain," beritahu
pengurus Uji Rashid, Mas Anizah kepada Utusan Malaysia.
Difahamkan, penyanyi itu akan kembali ke Malaysia hujung minggu ini
dan dijangka akan turut hadir dalam majlis kesyukuran meraikan kejayaan
lagu Terukir Di Bintang di Kuala Lumpur pada Ahad ini.
Majlis itu dianjurkan sempena kejayaan lagu tersebut muncul sebagai juara AJL ke-27.Sementara itu, Uji Rashid menerima permohonan maaf yang dibuat oleh
Yuna dan mahu melupakan segala insiden yang telah berlaku itu.
Walaupun masih terkesan dengan segala kejadian itu, Uji mahu terus
memberi fokus kepada tawaran persembahan yang sudah diterimanya selepas
ini.[utusan]