ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 6 Januari 2013

Pelik! Rerambut dalam mata

Seorang remaja berumur 19 tahun di Iran mengalami masalah Limbal dermoid (tisu kulit ditumbuhi rerambut) yang jarang berlaku dan hanya menyerang satu daripada 100,000 orang di dunia.

Sista berukuran lima milimiter pada mata kanannya itu telah menjejaskan penglihatan remaja tersebut dan turut menyebabkannya berasa tidak selesa setiap kali dia mengelipkan mata.

Penyakit jarang berlaku itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England selepas mereka menerima laporan berhubung perkara tersebut daripada doktor di Universiti Sains Perubatan Tabriz di Iran.Menurut jurnal itu, sista tersebut tidak menyebabkan rasa sakit tetapi ia telah mengganggu penglihatannya.

Profesor klinikal di Pusat Optometri Universiti Indiana, Dr Richard Meetz berkata, ia didakwa dua kali ganda lebih besar daripada saiz Limbal dermoid yang biasa.

"Penyakit yang dihidapi sejak lahir itu berlaku apabila proses pembentukan sel kulit semasa dalam kandungan terganggu," jelasnya.

Difahamkan, ia juga boleh tumbuh di bahagian lain pada tubuh dan dalam kes yang agak luar biasa sista tersebut mungkin boleh ditumbuhi gigi.

Meetz memberitahu, ia sememangnya memberi kesan pada penglihatan kerana kedudukannya pada bebola mata pesakit.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...