ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 Januari 2013

AJL27: Aizat ganti Yuna

Teka-teki siapa bakal menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang sudah terjawab apabila pihak penganjur mengesahkan Aizat Amdan dipilih untuk mengambil alih peranan itu pada malam penyampaian Anugerah Juara Lagu ke-27, Ahad ini.

Penyanyi dan komposer berusia 24 tahun ini akui tidak menyangka apabila dimaklumkan Yuna memilih dirinya untuk menyanyikan lagu tersebut.

“Memang tak sangka sebenarnya. Apa pun, saya kena hafal lirik dulu dan sesuaikan diri dengan lagu itu cepat. Tinggal dua hari saja sebelum AJL27,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Aizat memberitahu, hanya ingin membantu rakannya, Yuna yang memerlukan dirinya serta berharap agar dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik Ahad ini.

“Persediaan belum mula apa-apa lagi. Cuma, saya akan cuba untuk beri yang terbaik... kawan dah minta tolongkan,” katanya yang mengetahui keputusan pemilihan itu semalam.

Mengulas soal lagu Terukir Di Bintang ciptaan Yuna itu, Aizat menyifatkan ia ‘simple’ dan ‘sweet’.

“Ia sebuah lagu yang klasik dan sesuai juga apabila dinyanyikan oleh lelaki. Lirik lagu ini universal dan melodi ala-ala Eropah,” katanya.

Semalam, Yuna memaklumkan menarik diri dari malam final AJL27 yang bakal berlangsung di Stadium Putera Bukit Jalil.

Yuna terpaksa menarik diri daripada pentas final AJL27 demi memenuhi tuntutan rakaman di Los Angeles.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...