ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 Januari 2013

Peladang Switzerland makan kucing dan anjing

Masyarakat peladang di wilayah Appenzell dan St. Gallen dilapor mengamalkan makan daging anjing dan kucing sebagai sebahagian hidangan seharian mereka, semalam.


Menurut akhbar Tages Anzeiger, komuniti peladang berkenaan menyembelih hidupan yang dianggap sebagai haiwan peliharaan penduduk sedunia bagi tujuan makanan dan menghadiahkan daging anjing atau kucing kepada jiran mereka.

"Daging anjing Rottweiler yang paling digemari penduduk di sini," kata seorang peladang.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya berkata, anjing atau kucing yang dipelihara akan disembelih oleh penjual daging sebaik sahaja mencecah usia matang.

Setakat ini, tindakan memakan daging kucing dan anjing di Switzerland tidak menjadi kesalahan tetapi seseorang itu akan dihukum jika membunuh haiwan berkenaan dengan kejam.[sinar]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...