ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 30 Januari 2013

Lykan Hypersport Kereta sport pertama negara arab

Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport Lykan Hypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).

Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.

Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.

Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.

Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...