Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.
Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan
daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang
menawarkan bidaan tertinggi.
Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca
berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca
kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5
juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu.
Sejurus selepas
menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh
dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan
menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara
itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa
bapanya.
Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.“Bagi
kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia
untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk
dara Rebecca ialah RM170,000.[metro]