ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 16 Ogos 2011

New York catat rekod hujan

New York mencatat rekod hujan paling lebat dalam tempoh sehari apabila 20.32 sentimeter (sm) hujan turun di bandar raya ini dengan menyebabkan jalan-jalan raya banjir manakala perjalanan kereta api turut tergendala, lapor sebuah akhbar semalam.Menjelang pukul 9 malam kelmarin sejumlah 19.55sm hujan turun di Lapangan Terbang Kennedy di sini.


Ia merupakan hujan paling lebat turun dalam tempoh sehari dalam catatan rekod Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan sejak 116 tahun lalu.Taburan hujan normal untuk sepanjang bulan Ogos ialah cuma 10.16sm yang bermakna bandar raya ini menerima hujan untuk dua bulan dalam masa sehari.

Di beberapa stesen kereta api bawah tanah, terowong-terowong dibanjiri air banjir dengan menyebabkan tujuh perjalanan kereta api tergendala.Di Pulau Staten, pasukan bomba menyelamatkan dua pekerja pembinaan yang terperangkap dalam sebuah lif yang rosak dan dimasuki air.[sumber]

*Untuk info tambahan kuala pilah adalah kawasan yang paling kering dimalaysia dan kawasan paling kurang menerima hujan. kalau ada yang tak tau pilah kat mana,ni aku bagi tau.. kuala pilah ni terletak di negeri sembilan ok..kih kih kih

"hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri.."

20 Pengkritik Yang Cuak:

  1. pilah memang panas kot. ingat lagi dulu anta abang kat sbp sana. huh

    p/s: incik arul, awak jadi jiran saya okay?

    BalasPadam
  2. sekali hujan terus teruk, dashyat.

    BalasPadam
  3. ooo kt n9 ke baru tau huhuhuhu

    BalasPadam
  4. mak aiii. dasyatnya! cuak den!

    BalasPadam
  5. yeke?maknanya panas la dok kuala pilah ek...dok meru gak best..hehehe

    BalasPadam
  6. bilo ekau poei new york ni arul..tak cakap pun..

    BalasPadam
  7. fuiyoo sehari je..mak oi..hehe..

    ok..baru tau..sy failed geografi plak kali ni..hahaha

    BalasPadam
  8. kiz:mingu lopeh den poe..nak jongok2 yo.. kih kih kih..samo yo..

    BalasPadam
  9. syukur kt tempat kite tak penah banjir terok gini..

    BalasPadam
  10. dasat ujan nye..sehari je dah naik pai gnie..huuuu

    BalasPadam
  11. hujan lebat macam tu..selamatkan keta lagi tu

    BalasPadam
  12. pergghh..dashyat3..sekali hujan banjir sampai macam ni..

    BalasPadam
  13. pa pun..lana nk ckp luar topik,hek3. skrg bencana xkira musim, masa dan negara. Jadi, berjaga2..ambil iktibar diatas apa yg dah berlaku keatas org lain..huhuhu

    BalasPadam
  14. kuala pilah aku tak tahu bro..pilahdelphia aku tahu kut..hihi

    BalasPadam
  15. mcm belajar geografi pulak pasal hujan2 nih :D

    BalasPadam
  16. Malaysia dah biasa banjir-banjir ni. New York yang mempunyai sistem perparitan besar kat bawah jalan pun boleh banjir. Takde laa hebat sangat bandar New York ni ea. Hehe.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...