ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 4 Julai 2011

Hidup malaysia

Memang mencuakkan bila aku terbaca mengenai bil elektrik  rumah PM dan TPM berjumpah RM160,000 sebulan.itu baru bil eletrik,belum termasuk  bil air yang mencecah RM33.000 sebulan .Biar betik..inilah yang dinamakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..pencapaian eletrik sudah diutamakan dan duit rakyat pun sudah didahulukan untuk membayar bil2 tersebut..memang bagus dan rakyat cukup berbesar hati menerima cara pemerintahan seperti ini.Aku ucapkan tahniah sebab pemimpin2  kita sudah menunjukan cara2 berjimat cermat yang sangat berkesan.InsyAllah rakyat akan ikut saranan kerajaan supaya berjimat cermat bila mengunakan eletrik.Bukan eletrik sahaja tapi rakyat juga akan berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian termasuk petrol,gula dan sebagainya.


Pada pihak2 yang suka menuduh kerajaan tidak perihatin dan boros dalam mengunakan wang rakyat adalah tidak wajar dan tidak bertangungjawab.Ini kerana kerajaan sudah pun mendahulukan wang rakyat dalam apa juga perbelanjaan termasuk isteri perdana menteri dan kos2 membeli belah apabila setiap kali berada diluar negeri.Tidak kah kita sebagai rakyat bangga dengan pencapaian ini??.Bukan senang sesebuah kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada rakyatnya dengan mengunakan  wang rakyat sesuka hati...cuba anda lihat mesir, rakyat mereka bangun membantah apabila kerajaan mengunakan wang rakyat sehingga mereka hidup susah.Tapi kita tidak.rakyat kita tidak susah..malah rakyat kita memberi lagi kepada kerajaan untuk buat apa sahaja termasuk membantu kroni2 yang memerlukan wang.

Jadi kita sebagai rakyat tidak perlulah menyusahkan diri berarak dan berhimpun untuk menjahanamkan negara..kerana itu semua tidak baik untuk kroni2 yang ada di negara kita dan ia juga menyebabkan pemimpin2 kita tidak dapat tidur lena.lagipun bersih hanyalah untuk menuntut pilihanraya yang bersih dari sprm..mengapa?sprm memang dah bersih pun..kalau tak macam mana pembangkang boleh menang lima negeri sebelum ni kan..Lagipun memakai baju kuning adalah haram dan lebih haram berbanding rasuah dan komisen.Jadi kita perlu mencontohi pemuda2 kerajaan dalam cara2 mereka mengatasi sesuatu masalah.Kita semua aku sarankan mengikut fahaman pertubuhan Perkasa  dan membaca utusan yang tidak sedikit pun menyentuh isu2 perkauman dan agama dalam negara kita yang berbilang kaum ini.
hiduppp malaysia....hiduppp..malaysia...hiduppp....malaysia....

*pada yang tk minat cerita politik tak perlu komen dan sila pergi ke blog  pasal gosip artis yg ada dan komen kat situ.. mungkin labih sesuai dengan jiwa....kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tak minat politik tp nk conteng2 kt sini gak miahahaha...

    tang baju kuning tu yg nk p berarak tu hishh udeh2 letewww buat kulit terbako rentung jerk nt

    BalasPadam
  2. ambo sekeluarge 8 org, bil ratusan....

    dia duk brape org sampai ratusan ribu tuh..?

    BalasPadam
  3. apa sudah jadi? Malaysia oh Malaysia... sepatutnya dorang kena fikir yang duit dorang guna tu duit rakyat..payah cakap ngan orang cenggini.. haishhh...

    BalasPadam
  4. hanya orang-orang yang mampu berfikir dengan waras je yang nampak apa situasi dekat malaysia ni bro.... sedar tak sedar duit rakyat telah dirompak oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  5. hmmm..mana la bil elektrik tak mahal..aircond berlambak,,lampu kuasa tinggi punya..sedangkan aku kepanasan kat rumah..hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...