Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
*Syahdu..
sumber [Farisz]
eh , Tia baru baca ni dari blog akak tuuu :)
BalasPadambagus la ..harap banyak yang letak kat blog...
BalasPadam:) da dgr.. terkedu..mendalam mksudnya
BalasPadamaku memahami apa yg tersurat dan tersirat..
BalasPadaminilah pejuang A SAMAD SAID.. sungguh bermakna sekali sajak... pencetus.
BalasPadamerr..walaupun lemah sastera tp meaningful.. :D
BalasPadamamazing bro..:)..idola aku tuh bro..bahsa dia sukar difahami tapi dihayati memang kool
BalasPadammendalam maksudnya..