ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 17 Julai 2011

Ketagih Internet otak jadi kecut

Kali ni nak kongsi ngan korang tentang satu kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut.Kajian berkenaan menyatakan kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.


Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan,emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.
Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet.[sumber]

*Bersama menjaga kesihatan otak anda..

15 Pengkritik Yang Cuak:

  1. err..yke? da la..nk g mkn..xmo ngadap laptop... :P

    BalasPadam
  2. kita ni nak kena minum susu enfa-ggrom baru boleh sel-sel otak berhubung....mcm iklan tu....

    BalasPadam
  3. err..ta nk dah la maen internet :D

    BalasPadam
  4. hoho..scarynye..naseb baek dh tua2 nie bru aktif berinternet..dak2 zmn skrg baby2 lagi dh pandai maen internet..hihi

    BalasPadam
  5. erk...ni yg buat nak jauh diri kejap buka laptop...kalau buka laptop mesti buka internet kan....hhuhu~

    BalasPadam
  6. ko mmg suke negara china kan hahahaha...

    ok aku luar topik :p

    BalasPadam
  7. patut lar rase macam skrg ni bnyk yg lupe.. bnyk benda tak boleh ingat.. rupenyer otak ku dah kecut.. oh tidakkk.. >.<"

    BalasPadam
  8. patutla aku sjak2 akhir cam cepat lupa..ah sudah..mesti simptom2 dia dah neh hahaha...

    aku rasa cam pe aku belajar2 dulu beransur2 hilang..aishh bahaya neh..hhuhu

    BalasPadam
  9. kena pakai helmet bila online ni..full face lagi elak radiasi..haha

    BalasPadam
  10. otak kamu cek tak?kecut tak?hehh

    BalasPadam
  11. woo. yeke? kena kurangkan camni ;p

    BalasPadam
  12. main game online tak pe la kan? :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...