Lebih 40 ekor anjing pelbagai saiz dan rupa mengambil bahagian dalam
Pertandingan Luncur Anjing Surf City di negeri California, Amerika
Syarikat.
Berlangsung di sini pada Sabtu lepas, kejohanan tahunan kali ketiga
itu dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing
di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.
Pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan.Selain bersaing sesama sendiri, anjing-anjing itu cuba mencipta rekod
dunia dengan meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada
satu masa.
Salah seorang pemilik anjing, Mark Bednorz memberitahu anjingnya
telah menyertai sukan berkenaan sejak dua tahun yang lalu. Malah,
anjingnya amat gemar melakukannya."Hampir semua anjing suka berada di sini," kata Bednorz.[kosmo]