Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana 
wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media
 semalam. 
Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh 
terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba 
kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. 
Menurut Fame Daddy, 
dengan bayaran serendah 15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian 
beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.
Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka.
“Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang 
wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata 
laman sesawang itu.
Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita 
yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan
 kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. 
Antara 
aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian 
personaliti, watak dan gaya hidup.   Bagaimanapun, wanita yang berminat 
mungkin tidak boleh terlalu gembira. 
Ketua Pegawai Eksekutif Fame 
Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sprema 
sebenar.“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya.[metro]

