ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 9 Oktober 2012

Video Lady Gaga muntah di atas pentas

Penyanyi terkenal, Lady Gaga muntah beberapa kali di atas pentas semasa dia membuat persembahan di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu lalu, lapor akhbar New York Daily News semalam.
Sebuah klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan dia muntah di belakang seorang penari.

Semasa kejadian, bintang berusia 26 tahun itu menyanyikan lagu The Edge of Glory.Bagaimanapun, penyanyi itu meneruskan persembahannya.

"Saya tidak akan melupakan Barcelona pada malam ini," kata Lady Gaga di laman Twitternya, Sabtu lalu.Pada September lepas, bintang pop remaja, Justin Bieber muntah di atas pentas semasa konsert jelajahnya berlangsung di Glendale, Arizona.

Bieber yang berusia 18 tahun itu menyatakan dia muntah disebabkan meminum terlalu banyak susu.Lady Gaga turut berada di Britain kelmarin untuk melancarkan minyak wanginya, Lady Gaga Fame di pusat beli-belah Harrods, tengah London.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...