ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Video PM Australia terjatuh di depan kamera

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.

Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.

Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.

Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...