ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Orang utan ditembak 100 kali selamat

Seekor orang utan di pulau Borneo selamat walaupun ditembak lebih 100 kali dengan senapang udara.Orang utan betina yang diberi nama Aan, oleh anggota perlindungan, buta sebelah mata dan cedera parah selepas kejadian itu.
Pegawai perlindungan bimbang, orang utan itu yang ditemui di ladang kelapa sawit dengan 37 butir peluru di kepala dan 67 di bahagian badan yang lain akan mati tetapi mereka kini percaya, haiwan itu akan selamat.

Ketua Agensi Perlindungan Haiwan Kerajaan Tempatan, Hartono berkata: “Haiwan itu berjuang untuk hidup.

“Dia cedera parah selepas ditembak, tetapi kini sudah boleh makan. Kami berharap dia pulih.” Namun, dia bimbang orang utan betina itu mungkin akan buta kedua-dua belah matanya dan pendengarannya terganggu.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...