Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun 
di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar 
lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini 
semalam.
Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah 
berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan 
pelajar itu pada tahun lalu.
Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan.
Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka.Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit 'memikat' pelajar tersebut
 dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love.
Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai.
Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit.
Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu 
sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah.[kosmo]

