Mahkamah mengarahkan seorang lelaki dipenjara setahun kerana 
membunyikan loceng terlalu awal bagi menamatkan peperiksaan sebuah 
sekolah menengah, lapor media semalam.
Xiao Yulong didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Jun lalu di sebuah sekolah kerajaan di Hunan.
Akibat tindakan Xiao itu, pelajar menyerahkan kertas jawapan masing-masing hampir lima minit lebih awal. Xinhua melaporkan, Xiao 54, mengaku tersilap menekan loceng memaksa 1,050 pelajar menghabiskan peperiksaan mereka empat minit 48 saat lebih awal daripada sepatutnya.
Insiden itu 
menyebabkan ribuan ibu bapa penuntut mendesak sekolah dan biro 
pendidikan tempatan menjalankan siasatan.  Mahkamah mendapati, Xiao 
bersalah kerana cuai.
Bagaimanapun, Xiao bernasib baik kerana pelaksanaan hukuman penjara 
itu ditangguhkan bermakna dia mungkin hanya ditahan untuk tempoh yang 
sangat singkat atau tidak dipenjara sama sekali.[metro]

