ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 21 Oktober 2012

Main bola boleh atasi tekanan darah tinggi

Bermain bola sepak mungkin cara terbaik mengembalikan tekanan darah kepada normal dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Ia satu pendekatan untuk mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi untuk meningkatkan kadar kecerdasan lelaki pertengahan usia, menurut kajian penyelidik Universiti Exeter dan Copenhagen serta Hospital Universiti Gentofte, Denmark.
 
Halang penyakit kardiovaskular

Kajian berkenaan mencadangkan bahawa latihan bola sepak menghalang penyakit kardiovaskular bagi lelaki pertengahan umur yang menghidap tekanan darah tinggi dan lebih efektif berbanding alat bantuan gaya hidup sihat lain.

Penyelidik mengambil 33 lelaki berusia 33 dan 54 tahun yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sederhana untuk menjadi bahan kajian.

Selepas enam bulan menjalani latihan bola sepak, tiga daripada empat lelaki dalam kajian menunjukkan tekanan darah tinggi kembali normal dan sihat.[b.harian]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...