ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Berus Gigi guna aplikasi telefon pintar

Amalan memberus gigi merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian, namun ramai di kalangan kita mengambil lewa terhadap penjagaan gigi dan menganggap memberus gigi sesuatu yang tidak penting.

Ramai juga yang berjumpa doktor gigi hanya setelah timbul masalah dan ketika itu ia sudah terlambat untuk menyelamatkan gigi mereka.

Kini dengan bantuan teknologi moden, aktiviti memberus gigi boleh dipantau melalui aplikasi telefon pintar.

Lebih menarik, aplikasi yang dinamakan Berus Gigi Beam bertindak seperti doktor gigi yang mampu mengawal setiap kali anda memberus gigi.

Berus gigi Beam mampu menjadi kawan karib kepada ibu bapa dalam proses mendidik anak-anak untuk memberus gigi secara teratur setiap hari.

Aplikasi tersebut disambung terus ke telefon bimbit untuk memberikan peringatan kepada pengguna.Pengasas aplikasi tersebut berkata, purata setiap orang memberus gigi selama 46 saat tetapi 50 peratus daripada kita menghabiskan masa selama dua minit untuk memberus gigi.

"Kebersihan gigi adalah penting kerana ia adalah asas kebersihan badan," katanya.Tambahnya, Berus Gigi Beam direka khas untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan mulut.

Ketua Pegawai Eksekutif Beam, Alex Frommeyer berkata, Berus Gigi Beam adalah aplikasi pertama berkaitan penjagaan gigi.

Katanya, berus gigi ini akan memberi reaksi apabila ia diletak di dalam mulut dan ditekan dengan butang mula.

Data kemudian akan dihantar terus kepada pengguna telefon untuk mengemas kini dan mengukur keberkesanan menggosok gigi.

Berus gigi berteknologi tinggi ini akan berada di pasaran mulai November ini pada harga tawaran sebanyak AS$50 (RM153).[utusan]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...