ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Artis seni menari tarian kuda

Seorang artis seni yang kontroversi dari China, Ai Weiwei menari tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam satu rakaman video.

Namun, Weiwei melakukan sedikit kelainan apabila dia melakukan aksi menghayun sepasang gari ketika menari.

Video bertajuk Grass Mud Horse Style itu dipercayai dihasilkan Weiwei untuk menyindir undang-undang penapisan internet China.

Video tersebut dimuat naik di laman YouTube dan beberapa laman web di negara berkenaan.Dalam klip video itu, Weiwei dilihat memakai baju berwarna merah jambu, jaket hitam dan cermin mata hitam untuk meniru Psy.

Weiwei berkata, dia dan beberapa rakannya merakamkan video tersebut dan memuat naik di internet kelmarin. 

Artis seni itu juga meniru beberapa aksi Psy seperti gerakan tarian kudanya.Dia yang lantang mengkritik pemerintah China pernah ditahan secara rahsia selama 81 hari pada tahun lalu sebelum didakwa cuba mengelak daripada membayar cukai. 

Muzik video Psy yang berjudul Gangnam Style di YouTube telah ditonton lebih 530 juta kali selepas dimuat naik sejak Julai lalu.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...