Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal 
memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah 
kiblat.
Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan 
undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di
 negara-negara Arab.
Jurucakap Mastercard, Hames Issokson berkata, pihaknya melihat 
terdapat peningkatan terutama di Asia Barat untuk perbankan Islam dan 
dalam kes itu, pengeluaran kad kredit mengikut undang-undang syariah.
Selain kompas, katanya, pemilik kad kredit baru itu akan mendapat 
beberapa faedah lain iaitu baucer perjalanan untuk mengerjakan haji.
"Sejumlah wang daripada penggunaan kad kredit itu juga akan 
didermakan kepada badan kebajikan tempatan,'' katanya kepada agensi 
berita, NBCNEWS.com.
Operator kad kredit di negara-negara Arab akan melaksanakan yuran kad
 selepas mereka dilarang mengenakan faedah ke atas pinjaman dibuat oleh 
pelanggan.[utusan]

