ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Al-Quran tertua ditemui

Seorang pemuda Yaman, mendakwa menemui manuskrip tertua al-Quran.Kitab Suci itu ditemui di dalam sarung kulit di sebuah gua di kawasan pergunungan selatan bandar Dhale di bahagian paling selatan negara ini, lapor laman berita, Aden Gulf News, semalam.

Ayat “manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masehi)” tertulis di muka surat pertama dan ujian awal mendapati manuskrip itu asli, menjadikan ia al-Quran tertua ditemui.

Menurut laman berita itu, tulisan Arab itu tidak mempunyai titik seperti yang diperkenalkan pada peringkat terkemudian dalam huruf Arab untuk membezakan huruf yang hampir sama.

Pemuda yang tidak didedahkan namanya itu ditawarkan wang yang banyak untuk manuskrip itu, termasuk YR 12 juta (RM171,511), tetapi pemuda itu menolak kerana mahu menyimpannya, kata saudaranya.

Menurutnya, dia berjaya turun ke gua itu dengan menggunakan tali kerana hanya itu saja caranya untuk masuk ke gua itu.

Laman berita itu berkata, pemuda itu turut menemui sebilah pedang di sebelah al-Quran itu, dipercayai kepunyaan Ali bin Abi Talib, menantu Nabi Muhammad.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...