Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang 
senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama 
lain.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang 
menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan 
Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
 Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut 
melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan 
mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.
 
"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster itu.
"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster itu.
 Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur
 supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain 
sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.
 Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.
 
“Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain,” katanya.
 
Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.Beliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati-hati pada masa hadapan.[sinar]

Penganjur dag faham baguslah...emm
BalasPadam