ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 25 Oktober 2012

Gempar! lelaki disahkan mati muncul semula

Orang ramai gempar dan sesetengahnya pitam selepas seorang lelaki yang disahkan mati, tiba-tiba muncul di majlis perkabungan di rumah keluarganya, semalam. 

Pencuci kereta, Gilberto Araujo, 41, tidak menyangka waris dan keluarganya bersedih ‘meratapi’ kematian itu walaupun dia sebenarnya tidak mati.

“Seorang rakan memberi tahu, keluarga saya menanam keranda berisi saya di dalamnya,” katanya.Ekoran kemunculan Araujo, siasatan dijalankan bagi menentukan siapa sebenarnya lelaki yang dikebumikan di Alagoinhas di negeri Salvador de Bahia itu.

Sementara itu, saksi berkata, orang ramai bertempiaran lari sebaik saja melihat Araujo datang ke rumahnya. Katanya, beberapa wanita juga pitam kerana terkejut. Ibu Araujo, Marina Santana, mengakui amat gembira apabila mengetahui anaknya masih hidup.

“Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya selamat selepas diberi tahu dia kononnya meninggal dunia?” katanya.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...