Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia 
terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di
 gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras 
bumi.
Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa 
kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya,
 sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.
Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan
 dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu 
rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa 
manusia.
Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.[utusan]

