Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa 
kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury 
atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol. 
Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara 
seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit.
  Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan 
diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’ 
Osezua Osolase, 42, 
menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap 
di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.
Namun, tanpa disedari ramai, dia adalah sebahagian daripada anggota rangkaian penyeludup kanak-kanak yang menggunakan ancaman sihir bagi menakut-nakutkan mangsa supaya menjadi pelacur.
Penyiasat berkata, 
mangsa sentiasa ditakut-takutkan akan mati atau  mandul jika mereka cuba
 melarikan diri atau membuka rahsia kegiatan itu kepada sesiapa. 
Ketika
 ditahan, polis menemui bukti sekurang-kurangnya 28 mangsa diseludup 
masuk dan keluar oleh Osolase sepanjang tempoh 14 bulan.
Kegiatan itu membolehkan dia mendapat keuntungan sehingga £1.5 juta 
(RM7.3 juta).  Bagaimanapun, polis yakin angka sebenar keuntungan 
diperolehnya jauh lebih tinggi berdasarkan bukti dikumpul setakat ini.Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Osolase hari ini.[metro]

