ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 25 Oktober 2012

Apek-Leuniey nikah Disember ini

Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.

“Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,”jelasnya.Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.

Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...