Gara-gara menjalin hubungan gelap, bulan madu kedua seorang lelaki 
bertukar menjadi mimpi ngeri selepas dia dihukum penjara sembilan bulan 
dan sebat 100 kali.
Akhbar al-Madinah melaporkan, kelakuan lelaki itu terdedah apabila isteri pertamanya mengadu kepada pihak berkuasa.
Menurut al-Madinah, lelaki terbabit membawa isteri keduanya bercuti di luar negara tetapi disebabkan cemburu, isteri pertama menggunakan gambar tidak senonoh si suami kepada polis.
Gambar itu tersimpan dalam cakera padat (CD) dimiliki isteri pertama.
  Ekoran aduan itu, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan berkelakuan 
tidak senonoh.  Dalam perbicaraan, lelaki terbabit mendakwa, gambar itu 
diambil ketika dia menuntut di luar negara dan menjalin hubungan dengan 
beberapa wanita.[metro]

