Seorang pemungut barangan lusuh dijatuhi hukuman penjara 100 tahun dan 
24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas 
lima tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, empat 
tahun lalu.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap 
lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak. 
      
   Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak gadisnya 
yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor
 Gajah, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 2008.
      
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang berasal dari Durian Tunggal didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan sama, masing-masing kira-kira jam 4 petang Oktober tahun lalu, dan kira-kira jam 11 malam Mac lalu.
Untuk pertuduhan keempat dan terakhir, tertuduh didakwa melakukan 
perbuatan itu ke atas mangsa di dalam sebuah kereta jenis PROTON Iswara 
di kawasan berhampiran Pantai Klebang, di sini, masing-masing kira-kira 
jam 8 malam 18 September dan 8.30 malam 20 September lalu.
Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Zaharah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh disabitkan dengan lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
“Kamu (tertuduh) bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu (sumbang mahram) terhadap anak sendiri. Saya berharap kamu insaf apabila berada di penjara nanti,” katanya.[b.harian]

