ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Peti sejuk canggih serba lengkap

Jika anda berminat memiliki peti sejuk untuk menempatkan koleksi magnet anda, ini mungkin bukan untuk anda.Sebuah syarikat mengeluarkan peti sejuk canggih yang lebih mahal daripada dapur biasa.

Harganya mencecah sehingga $41,500 (RM124,500).Unit Meneghini La Cambusa itu boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Kelihatan lebih kepada perabot antik, peti sejuk itu disasarkan untuk golongan berada. Peruncit di Britain, Robey’s mengaku, ia tidak dapat menjual banyak petik sejuk itu dalam seminggu.

Selain menyimpan makanan, model tiga pintu La Cambusa, turut mempunyai ruang yang boleh memenuhi keperluan pelanggan.

Jurang harga antara satu unit dengan unit lain berbeza dalam jumlah yang banyak kerana setiap satunya dibuat di Itali, berdasarkan tempahan.

Selepas membayar RM78,000 untuk rangka kayu, yang boleh dicat dengan lebih 500 warna, pelanggan kemudian perlu membayar harga tambahan untuk pemegang yang diperbuat daripada loyang, rak cermin dan unit peti sejuk dan peti beku.

Pelanggan juga boleh meminta peralatan lain dipasang pada peti sejuk itu.Sistem pembancuh kopi Miele yang berharga kira-kira RM9,000 menjadi pilihan popular, begitu juga dengan televisyen permukaan rata.[metro]

1 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Kalu rosmah nampak ni dia mungkin nak beli... tu pun kalu menang lagi la pru13

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...