Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati 
seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang 
berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.
Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 
15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang 
menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan 
sejak beberapa tahun lalu.
Pada mulanya, batu itu ditemui di sebuah padang ragut ternakan dekat 
Tazewell, Tennessee, pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki, Tilmon 
Brooks.
Brooks ialah datuk Donna Lewis yang merupakan seorang setiausaha sekolah di Pineville, Kentucky.Ujian yang dilakukan di Universiti Tennessee merumuskan bahawa 
meteorit itu berasal daripada hujan meteor yang pernah berlaku di sini 
pada 1853.
"Saya lihat kanak-kanak di sekolah kami berasa teruja apabila melihat batu meteor itu."Saya sangat lega apabila mengetahui Universiti Tennessee akan 
menyimpan meteorit ini dengan baik bagi tujuan penyelidikan," kata 
Lewis.[kosmo]

