ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Video tenggelamkan Bugatti Veyron untuk insurans

Ketika kereta mewah edisi terhad Bugatti Veyron milik Andy House terbabas dan terhumban ke laut tiga tahun lalu, dia tidak menyangka insiden itu dirakamkan. 

House memberi tahu polis, ketika dia memandu di laluan jalan antara negeri di Texas untuk ke lagun La Marque, telefon bimbitnya terjatuh.

Apabila dia melihat ke jalan semula selepas mengambil telefon bimbit berkenaan, House mendakwa dia hampir melanggar seekor burung undan.

Tindakan itu menyebabkan dia terbabas. Namun, selepas memfailkan tuntutan bernilai AS$2 juta (RM6 juta) bagi kerosakan keretanya, House terkejut apabila dia disaman kerana menipu.

House dijadual hadir di mahkamah di Galveston minggu ini bagi menjelaskan bagaimana insiden itu sebenarnya berlaku.

Satu rakaman video menunjukkan tiada burung undan kelihatan di laluan House. Syarikat Insurans Philadelphia Indemnity berkata, mereka mengeluarkan polisi insuran bernilai AS$2.2 juta untuk kereta House pada 2006 - kira-kira tiga minggu sebelum kemalangan berlaku.

Rakaman video juga menunjukkan House tidak cuba menekan brek ketika kejadian, sebaliknya “sengaja” memandu kereta Bugatti itu ke arah lagun bagi merosakkannya sebelum membuat tuntutan dua kali ganda daripada nilai sebenar kenderaan berkenaan. 

Sebuah firma insurans lain juga berkata, mereka dimaklumkan pihak tertentu, House pernah menawarkan upah kepada seseorang supaya mencuri dan membakar keretanya.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...