Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta, 39, 
menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di 
internet adalah dirinya.
Gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut 
wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan 
sebahagian daripada payu daranya.
Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan 
memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat 
panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.
“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.
“Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita 
dan pondan memiliki rupa seperti saya,” katanya ketika dihubungi di sini
 semalam.
Sambil tidak menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri 
hati terhadapnya, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16, 
dan Aniq Ezzra, 14, itu belum  bercadang mengambil tindakan 
undang-undang.[kosmo]

