Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 
apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah 
masuk sekumpulan penyamun semalam.
Kejadian pecah masuk syarikat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd. pada 
pukul 9 pagi itu disedari seorang pekerja yang baru tiba di pejabat 
apabila mendapati pintu gril dan pintu utama telah terbuka.
Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong
 Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang
 digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari
 tahun lalu tidak dilarikan.
Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga 
RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di 
Jepun.
Chong Hoon menjelaskan, dia bergegas ke pejabat tersebut setelah dimaklumkan oleh pekerja berkenaan mengenai kejadian itu.[kosmo]

