ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 16 September 2011

Paul Scholes sarung jersi Selangor?

Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan.Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati kriteria pemain import yang di maksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak.

FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepan- jang 676 penampilan bersama United.Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat.

Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam.[sumber]

*Cuak aku..memang cipta sejarah kalau jadi nanti tu..alang2 baik selangor beli terus la paul scholes untuk piala malaysia ni.. kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...