ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 26 September 2011

10 Undang-undang pelik

Korang penah memandu tanpa baju, membayar menggunakan wang syiling dan mengunyah gula-gula getah?Untuk pengetahuan korang ia boleh mendatangkan masalah antara korang dan pihak berkuasa di seluruh dunia. Tak caya jom baca 10 undang2 mencuakkan dibawah ni..

1. Mengepam tandas selepas jam 10 malam - Switzerland
Di Switzerland, penghuni pangsapuri tidak dibenarkan mengepam tandas selepas jam 10 malam. Ia juga menjadi satu kesalahan untuk lelaki kencing berdiri walaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu bagi mengelak bunyi bising.
Penalti: Tiada denda pernah dikeluarkan, hanya tidak digalakkan.

2. Berhenti di lebuh raya - Jerman
Kehabisan minyak di lebuh raya di Jerman mengundang padah, bukan hanya kerana anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak, tetapi juga kerana ianya menjadi satu kesalahan untuk berhenti di lebuh raya. Dan anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak, kerana berjalan di lebuh raya itu juga dilarang. Penalti: Denda mencecah AS$100 (RM300).

3. Memandu tanpa baju - Thailand
Jangan biarkan iklim tropika yang nyaman di Thailand membuatkan anda ingin memandu tanpa baju. Polis akan mengeluarkan saman serta-merta jika anda dilihat memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa mengenakan baju.
Penalti: Denda kira-kira AS$10 (RM30).

4. Membayar menggunakan wang syiling - Kanada
Akta Wang 1985 di Kanada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. Anda tidak boleh membayar sesuatu yang bernilai AS$10 (RM30) dengan syiling sahaja atau menggunakan syiling satu dolar untuk membayar barang berharga lebih AS$25 (RM75).
Penalti: Penjual boleh menerima bayaran itu jika mahu tetapi mengikut undang-undang, penjual boleh menolaknya dan menghalau anda keluar dari kedai.

5. Kasut/selipar hasilkan bunyi bising - Itali
Penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenang di bandar itu kerana satu larangan baru diperkenalkan bagi menghalang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising.
Penalti: Kemungkinan ditahan polis dan didenda.

6. Memandu kereta kotor - Rusia
Ada yang menganggap peraturan ini hanya alasan untuk polis mengeluarkan lebih banyak saman kepada pemandu tetapi anda tetap perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda apabila memandu di Moscow, kerana memandu kereta kotor - iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas atau pemandu tidak kelihatan - boleh menyebabkan anda disaman.
Penalti: Saman akan dikeluarkan tetapi jumlahnya bergantung kepada budi bicara polis.

7. Larangan terjun payung untuk wanita bujang - Amerika Syarikat
Kepada wanita muda, bujang dan gemarkan aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati-hati apabila berada di Florida, AS kerana wanita belum berkahwin yang melakukan terjun payung pada hari Ahad boleh dipenjara.
Penalti: Denda, dan juga boleh dipenjara.

8. Mengunyah gula-gula getah - Singapura
Undang-undang paling pelik di Singapura berasal daripada niat kerajaan untuk memastikan negara itu sentiasa bersih, dengan melarang rakyat dan pelancong di negara itu mengunyah gula-gula getah serta mengharamkan penjualannya. Peraturan itu dilonggarkan sedikit, pada 2004 dan gula-gula getah Nicorette untuk tujuan berhenti merokok dibenarkan (tetapi anda perlu mendapatkannya daripada doktor yang akan merekod nama anda).
Penalti: Saman bernilai hampir AS$100 (RM300)

9. Meninggal dunia di Bangunan Parlimen - Britain
Sebab utama orang ramai dilarang meninggal dunia di Parlimen kerana ia dianggap sebahagian daripada
istana. Sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Jadi jika anda kelihatan sakit, pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. Jurucakap Parlimen Britain berkata, undang-undang itu mungkin tidak berasas tetapi ia tetap wujud dan tertulis di dalam akta tertentu.
Penalti: Tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikannya undang-undang paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walau tidak pernah diguna.

10. Boleh hisap ganja, bukan rokok - Belanda
Peraturan yang berkuatkuasa di Belanda pada 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka tetap dibenarkan menghisap ganja.
Penalti: Denda kira-kira AS$70 (RM210)
 [sumber]

*Cuak aku..kalau korang melancung ke negara2 ini berhati2 lah..Korang rasa mana satu undang2 paling pelik kat atas ni?

-5 Negara Paling Murah-

30 Pengkritik Yang Cuak:

  1. undang2 no 10 tu biar betul bro....

    BalasPadam
  2. semua undang-undang pelik. hehe XD

    BalasPadam
  3. no 9 paling tak berasas.. kl dh nk mati nk buat cmne kan.. yg lain tu semua pelik2 belaka..

    BalasPadam
  4. Salam;
    bagi aku hanya yang nombur 3 dan 6 masuk akal yang lainnya gila.

    BalasPadam
  5. last sekali yang pelik..semua tak de kt sini hahaa

    BalasPadam
  6. undang2 no 1 memang pelik...haha sunyi sangat ke kat switzerland tu....

    BalasPadam
  7. hahaa undang undang singapura tu betul.. biler org singapura dtg johor.. beli gula getah tu banyak2.. pastu makan.. macam orang jakun gler.. klakar.. >.<"

    BalasPadam
  8. no. 6 kereta kotor: teruk sangat kekotoran tu kalau pemamdu pon dah tak kelihatan.. memang patut dihukum :D

    BalasPadam
  9. mengepam tandas pun ada time ye//
    maknanya kalau berak jam 11 kena biar la najis kat situ..alamak..
    mengerikan tu..

    BalasPadam
  10. kalau aku kat sana,,banyak dah kena denda ni..haha

    semua pelik je!

    BalasPadam
  11. pelik sangat. haha :D paling pelik no 2!

    BalasPadam
  12. gile ah undang2 macam kat bawah ni . takleh makan gula2 getah ?? ngek ngokkk

    BalasPadam
  13. errr okay selain yang singapore takleh kunyah chewing gum tu mmg aku tak pernah dengar pun..mmg sgt pelik2..huhu

    BalasPadam
  14. undang2 xmasuk akal.,hadeii meninggal pn ada akta pl

    BalasPadam
  15. haha..semua undang2 pelik ni..tak nak aq pergi negara2 ni...haha~

    BalasPadam
  16. undg2 baru kt mesia : xleh kentut. pffft birulah muka keke

    BalasPadam
  17. aneh sekali undang2 ciptaan manusia ni. paling aneh larangan merokok tapi dibenarkan hisap ganja.

    BalasPadam
  18. Undang2 ni mmg pelik haha...nice entry :)

    BalasPadam
  19. kunyah gula gula tu betul la.. kat sana polis merata oo. tension plak. hahaha

    BalasPadam
  20. knp pelik sangat undang undang dorg nie..ades..kalo pompan yg pandu tanpa baju..aiyooo..

    BalasPadam
  21. lerr...yg no. 1 tuh...kul 10 kt sana sume owang dh tido kew...huhu

    BalasPadam
  22. adoyai...ape ke plek sngt diowang buat peraturan..??

    BalasPadam
  23. smua plik....hohohoho...
    lau undng2 ni djlnkn d mlysia...xtau la ape jdik....hohoho

    BalasPadam
  24. mengarut undang2 no 1 tu hahahahha

    BalasPadam
  25. tak boleh pam jamban yg tak boleh blah tu.kalau kencing berdiri dgr ke smpai umah sblh.haih.

    BalasPadam
  26. undang2 no 9 tu ade ke patut,xmasuk akal btl,hbs klu org xsakit tp tibe2 meninggal mcm tu je sbb dh sampai ajal cmne plak,xkn nk bawak kuar awal2 sbb dh tau org ni akan meninggal huhu..yg no 10 tu plak cm xbtl je hehe,hisap ganja boleh tp hisap rokok xleh,adoiii macam2

    BalasPadam
  27. Seb baik Malaysia takdak undang2 pelik canggini..

    Sebab tu Malaysia ramai pelancong kan :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...