ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 12 September 2011

Makanan paling sedap didunia

Apakah makanan paling sedap di dunia?Jangan cuak pulak kalau jawapannya  makanan yang baru sahaja kita nikmati semasa hari pertama Syawal tempoh hari, iaitu rendang. Masakan tradisional kaum Melayu di Malaysia itu mengungguli senarai 50 Makanan Paling Sedap di Dunia yang diterbitkan agensi berita antarabangsa, CNN.


Lebih 35,000 undian diterima dalam tinjauan CNN selama dua bulan di laman sesawang Facebook yang berakhir, bulan ini. Makanan lain termasuk asam laksa Pulau Pinang, sate, dan nasi goreng turut tersenarai dalam undian itu .

Selain itu, makanan Barat seperti burger keju, coklat dan ais krim juga dipilih sebagai antara makanan paling lazat di dunia tetapi apa yang paling membanggakan adalah, kesemua 10 makanan teratas dalam senarai itu datang dari negara Asia.[sumber]

*Cuak aku..Orang malaysia pulak leka bangakan makanan orang luar.. kih kih kih kih

24 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hahahha.. awesome gler.. tak sangka kan..

    BalasPadam
  2. rendang my peberet...... makanan kita mmg sedap2 wat? kita je berlagak nk western selalu...

    BalasPadam
  3. kadang2 kita berbangga tak bertempat...rendang memang terbaik....huhuh

    BalasPadam
  4. proud to be Malaysian... tetiba :)

    BalasPadam
  5. makanan yg tak berkahsiat tu lah yg org paling suke kan.

    BalasPadam
  6. tp aku tak suka rendang. aku lagi suka makan ayam ketupat ngan nasi impit. peh, teringat2 pulak di pagi raya ari tu. ;p

    BalasPadam
  7. kakak suka rendang ni, nak nak makan ngan ketupat....hai seeeeyyyy

    BalasPadam
  8. rendang memang paling sedap sekali! nyum2..

    BalasPadam
  9. rendang rendang rendang.

    ku seru datang la pada ku.

    sungguh meleleh2 air liurku tatkala melihat diri mu!

    BalasPadam
  10. sebut rendang terinagt lemang..
    terus tertelan air liur...

    huaaaa!!nak raya lagi....

    BalasPadam
  11. wah..kagum..mesti banyak orang Asia yang undi ni..hihi..

    BalasPadam
  12. rendang memang best dimakan time raya...time lain bila buat tak sesedap kita makan masa raya...xde feel gitu hehehe...

    p/s : walaupun saya mengajar subjesk TESL, tapi saya tak minat langsung western food...tekak ni nak juga nasik...heheeh

    BalasPadam
  13. hahaha... betul tu... org kita sibuk nk mkn western jek... huhu..

    BalasPadam
  14. sebanar nyer nak kata: rrondang omak eden la yg paling sodap!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...