ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 13 September 2011

Duduk dalam kotak

Bagaimana cara terbaik bagi korang membuktikan tumbuhan hijau sangat penting kepada manusia? Ermm aku pun tak tau nak membuktikan macam mana..Tapi saintis Britain yang bernama Profesor Iain Stewart ni dia ada cara dramatik yang akan dilakukannya.

Profesor Iain Stewart
Cara dramatik  tu dengan menguncikan dirinya di dalam sebuah kotak kedap udara selama dua hari,bukan duk dalam  kotak bulat ok, tu blog popular mana bleh duduk marah tuan dia nanti..tapi ni betul2 punya kotak kedap udara..dan dia akan cuba hidup dengan hanya menggunakan oksigen dihasilkan tumbuhan yang akan diisi di dalam kotak enam meter panjang dan dua meter lebar itu. 

Profesor Iain Stewart ni akan melakukan eksperimen mencuakkan tu minggu depan di Projek Eden, iaitu tempat digelar sebagai zoo tumbuh-tumbuhan di Cornwall, Britain bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan proses fotosintesis.

Projek Eden Cornwall, Britain
Eksperimen itu hanya pernah dilakukan ke atas tikus dan tak pernah lagi manusia melakukan percubaan serupa sebelum ini..biar betull..

*Cuak aku..Korang ada berani ke.. Profesor selalunya nak buat yang pelik2 je janji eksperimen menjadi..jangan dia mati dengan tumbuh2an tu sudah la..kih kih kih kih..

18 Pengkritik Yang Cuak:

  1. heheheh... blog mane yg femes tu.. xde maknanya.. :P

    BalasPadam
  2. biasa la tu..profesor memang suka buat eksperimen2 macam ni...haha~

    BalasPadam
  3. dorang ni suka sgt try bende2 pelik...kang biru lebam ler duk dlm kotak tu...

    BalasPadam
  4. diorang ni memang berani eh amik risiko.. hope berjaya lah kan,

    err... xpe,kb sporting..hahak

    BalasPadam
  5. ok la buat experiment..buat kesedaran orang ramai...cuba buat dengan binatang semua tak de pokok?

    BalasPadam
  6. fuhhh seyes ke ni?besh nya dpt dierct trus hidu oksigen.

    BalasPadam
  7. mereka memang sukakan risiko, sbb tu mereka boleh berjaya jauh dr orang lain

    BalasPadam
  8. jgn bagi dia hisap rokok dlm kotak tu... konpem dia jadi biru...

    BalasPadam
  9. itulah namaya proffesor.. 24 jam berfikir je kejanya.. tu yyg kepala makin licin tu.. kih3 >.<

    BalasPadam
  10. baguslah prof ni..kagum!..harap2,,pokok2 tu tak sabotaj dia dengan tidak mengeluarkan oksigen..haha

    BalasPadam
  11. bgusla prof ni..

    mencuba utk eksperimen..jnji tercapai pe dia nak..

    BalasPadam
  12. prof ni kadang2 wayar dia tak betul sikit..hehehe..

    BalasPadam
  13. mmg mencuakkan ni,haihh macam2 la diorg ni nak buat hehe

    BalasPadam
  14. semoga experimen dia tu berjaya..aku rasa prof tu mesti serabut punya stail...haha

    BalasPadam
  15. hahak, omputih ni mang sukee buat something yang menjangkau akal kita ek

    BalasPadam
  16. saintis otaknya dah tak peduli dah maut ke tak..janji eksperimen ada keputusannya hehe..

    hidup bersandarkan oksiden dihasilkan oleh tumbuhan??mesti survive punya..coz cam oksigen bersih je saintis tuh sedut hehe..

    BalasPadam
  17. can i be a part of that experiment? hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...