ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 3 Oktober 2012

Penerjun terpantas dan tertinggi di dunia

Tinggal satu minggu lagi sebelum sejarah terjunan udara bakal tercipta.Pada Isnin minggu hadapan, seorang warganegara Austria, Felix Baumgartner akan cuba melakukan terjunan bebas terpantas, tertinggi dan bakal menjadi penerjun udara pertama di dunia menghampiri kelajuan bunyi.
Bunyi bergerak selaju 1,236 kilometer sejam(km/j) .Dia merancang membuat terjunan dari sebuah belon helium pada ketinggian 37 kilometer di padang pasir New Mexico dengan kelajuan 1,110 km/j.

Baumgartner, akan memakai satu sut bertekanan tinggi dan topi seperti seorang angkasawan.Percubaan itu mempunyai banyak risiko, termasuk pembentukan buih dalam aliran darah yang boleh membawa maut dan darah beku pada otak.

Ketua penasihat perubatannya ialah bekas pakar bedah penerbangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...