ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 Januari 2012

Vogue Turki tanpa seks, pornografi

Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh.

Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah.

Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.

Ala - bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.

Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.

“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan."Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.

Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.

Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.

“Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran,” katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.

Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.

“Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan ‘memerangi kelucahan’ penting kepada wanita,” katanya.

Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman.[sumber

*Cuak aku..bila manga kat malaysia nak berubah ni..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. haha..tunggu mangga brubah ke? err..agak2 bila ek..hihi

    BalasPadam
  2. hehe..bagus laa kat sana..kat sini kalau majalah hiburan tukar camtu aku tatau laa ade orang beli ke x??isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. mangga kena ada la arul..
    pak2 menteri nak cari calon kat majalah tu la..heheheh

    BalasPadam
  4. ha,bagus2..eh kat sini pun adala..majalah Nur,Dara n lain2nya lagila..klu mangga tu xpyah xckpla..ntah bla nak brubahnya..tggu abad akan dtg kot..kihkihkih

    BalasPadam
  5. tu yg berani membuat peubahan, dia yakin wanita bukan simbol seks dan pembaca serta peminat majalh bukan yang berfikiran tentang seks je, buktinya majalah yg tutup2 pun boleh laris, tu yg kene hijrahkan minda penerbit kat malaysia ni

    BalasPadam
  6. mangga berubah???hmmmm...bile tu agaknye erkk...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...