ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 Januari 2012

Tragedi UPSI : Polis Akhirnya ‘Mengaku’ Bersalah

Polis Perak hari ini akhirnya mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.


Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila mahasiswa melakukan demonstrasi aman menuntut kes Adam Adli digugurkan pihak universiti.

“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan.” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli dipetik The Malaysia Insider.

“Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu,” katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.Awal pagi tadi,  aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan bersurai daripada pihak berkuasa.

Dapat liputan meluas
Lanjutan daripada insiden berkenaan, 17 siswa ditahan dan Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) telah dikejarkan ke hospital Slim River dan kini dikatakan masih dalam keadaan lemah tetapi sudah boleh berbicara dan melontarkan senyuman.Beberapa ahli keluarganya termasuk keluarga isterinya, Masturah Abu Bakar turut berada di hospital ketika ini.

Diberitakan beberapa giginya juga patah dan mulutnya berdarah serta mempunyai sedikit masalah di bahagian pernafasan.Berita keganasan anggota polis dalam insiden awal pagi tadi itu mula mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Twitter dan Facebook yang mengecam tindakan anggota polis menggunakan keganasan terhadap mahasiswa berkenaan.

Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis kira-kira 4 petang tadi.Fazli walaubagaimanapun tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap mahasiswa terbabit.“Biar pihak atasan yang tentukan selepas keterangan mereka diambil.”[sumber]

*Cuak aku..dah memang resmi umngok..mula2 elak..lepas tu bila dah tak bleh elak baru mengaku..macam kes lembu..kih kih kih

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tak tahu nk sokong mne..msing2 crita lain kan

    BalasPadam
  2. aku ade baca gak berita nie..polis sepatutnya elakan pertempuran berlaku..bukan memprovok lagi perhimpunan sedia ada..biasa laaa.orang muda memang darah tengah panas..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. dua dua sama je salah..sama je bega.. sendiri boleh fikir.. yang ckp cam tu..yang tu ckp mcm ni.. yang mecatuk lagi ramai..bikin serabut ja

    BalasPadam
  4. Em bkn diorg provok dlu ke dlm hal ni dgn x dgar arahan... n bile ditahan, diminta beri kerjasama, bkn caci maki polis2 tu ke... n klu kate darah muda, sume polis yg dtg tu pn darah muda gak, sume muda2 tu haha

    BalasPadam
  5. haih.. susah nk ckp... dh mcm2 hal blaku kat msia ni

    BalasPadam
  6. neutral:tu la pasal.. lain kali kalau nak demo ikut cara cam aspirasi buat..tk buat provok..tu polis tk balun kan..kih kih kih..

    BalasPadam
  7. masih tak faham tentang kebebasan akademik dan apa yang mereka perjuangkan~...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...