ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 Januari 2012

Polis benarkan himpunan 901 di luar mahkamah

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan komplek  mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya.

NONEWalaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan."Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.[sumber]

*Cuak aku..Betul ke ni..macam tak caya je..harap2 tak jadi macam kes stadium merdeka dulu dah la..Pada perserta yang akan turun isnin ni..jaga tingah laku..apa2 pun keputusan mahkamah kita terima dengan redha..jangan buat kekacauan..jika ada yang buat kecoh sila tangkap dan serah kepada polis...mungkin ada dalang yang cuba memburukan perhimpunan aman pakatan rakyat.. Jom turun beramai2..bagi sokongan secara aman..Lawan tetap lawan..kih kih kih

9 Pengkritik Yang Cuak:

  1. aku xrasa perhimpunan ni bkn 1 cdgn yg baik...klu smpai 100k org berkumpul...dan anuar didapati bersalah mcm mane? xkan 100k org nak bersurai mcm tu je kan...fikirkn ape yg bakal berlaku...

    BalasPadam
  2. Entahlah..sejak bila pulak polis boleh benarkan perhimpunan sebegini?? ada udang disebalik batu ni..

    BalasPadam
  3. jasman:ko ckp mcm yg turun tu perkasa lak.. kena paham..bila kita dipahak yg selalu diperhatikan..insyAllah akan jg tata susila..kerana sebarang kesilapan akan dijadikan peluru hidup oleh polis dan umno utk menyerang pr..jd peluang yg di bg oleh polis ni jalan utk buktikan kita berhimpun bukn nak menganas..

    BalasPadam
  4. elih:mungkin keputusan diluar jangkaan..sama2 kita tunggu..

    BalasPadam
  5. wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...